Di halaman ini, anda boleh mengikuti semua acara dan kegiatan yang sedang berlangsung di gereja kami. Setiap pertemuan, ibadah, kelas rohani, dan program komuniti dirancang untuk membina iman, mempererat hubungan, serta membawa kasih Tuhan kepada komuniti di Bandar Bintulu dan sekitarnya.
Kami percaya bahawa setiap acara baik besar atau kecil, mempunyai tujuan untuk memperkuatkan gereja dan memimpin kita lebih dekat kepada Kristus. Sama ada anda mahu menyertai ibadah mingguan, melibatkan diri dalam pelayanan, atau sekadar ingin tahu apa yang sedang berlaku, halaman ini akan membantu anda kekal terhubung dan terlibat.
Sertai kami dalam perjalanan rohani ini, dan alami bagaimana Tuhan bekerja melalui setiap agenda dan pertemuan umat-Nya.
Persekutuan Doa mengajak semua anggota gereja untuk bersatu dalam doa, memohon pimpinan Tuhan dan saling mendoakan. Bertemu setiap Rabu pada jam 8 malam di gereja kita. Mari berdoa bersama dan mengalami kuasa doa dalam hidup kita.
Kelompok Sel adalah ruang persekutuan mingguan untuk berkongsi firman Tuhan, berdoa, dan hidup bersama sebagai keluarga rohani. Jadual pertemuan dan tempat boleh berubah mengikut ketersediaan setiap jemaat yang membuka rumah untuk persekutuan. Sertai kami dengan menghubungi ketua kelompok sel dan alami pertumbuhan iman dalam komuniti kecil yang hangat.
Ibadah Raya Ahad adalah saat kami berkumpul sebagai satu jemaat untuk menyembah, mendengar firman Tuhan, dan merayakan kasih-Nya. Setiap Ahad, pukul 9 pagi di gereja kita. Setakat ini kita hanya ada 1 sesi dan semua dialu-alukan untuk hadir dan mengalami persekutuan dengan Tuhan.